Video Teaser : Persidangan Mahasiswa II
26 Februari 2014 : Dewan Mahasiswa II telah bersidang di Bilik Persidangan FST. Persidangan kali ini membawa sedikit kelainan dengan menjemput mahasiswa/i UKM untuk menjadi pemerhati bebas semasa persidangan.
Persidangan dimulakan dengan ucapan pembukaan YDP PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen.
Kemudian diikuti dengan pembentangan gerak kerja usul Persidangan Dewan Mahasiswa I oleh Saudari Fatin Zulaikha atas usul mengkaji semula HP. Boleh rujuk di PERJUANG USUL DEWAN MAHASISWA : MESYUARAT BERSAMA PAP.
Pembentangan tentang usul kedua mengenai Dialog antara agama telah dibentang oleh Saudara Jason Ng Thien Yong. Boleh rujuk USUL DEWAN MAHASISWA I : PERSEFAHAMAN AGAMA BERSAMA MENCAPAI WAWASAN.
Pembentangan gerak kerja setiap biro sepanjang semester pertama.
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial - Saudari Syifa' Mohd Syukri
Biro Sukan dan Kebudayaan - Saudara Syed Najib Syed Yahya
Biro Pembangunan Mahasiswa - Saudari Fatin Zulaikha Hamdan
Biro Perhubungan dan Antarabangsa - Saudara Mustapha
Minit Persidangan Dewan Mahasiswa II
![]() |
Saudara Shahrul Akmal, Perwakilan Permaj memberi cadangan usul |
Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti