Quantcast
Channel: PERSATUAN MAHASISWA UKM SESI 2014/2015
Viewing all 249 articles
Browse latest View live

MESYUARAT KALI PERTAMA BERSAMA NAIB CANSELOR UKM

$
0
0

Perjumpaan bersama NC UKM Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali turut disertai oleh TNC HEPA UKM yang baru iaitu Prof Datin Noor Aziah dalam bertukar pendapat dan cadangan dalam mewujudkan "the common mission" bagi membangunkan universiti.

"Challenging The Convention" menjadi asas dalam mendimensikan semula UKM agar menjadi varsiti yang lebih berkualiti dan berketerampilan bermula dari hari pertama mahasiswa/i mendaftar di UKM sehinggalah bergraduasi.

Perhargaan kepada sejarah akan melahirkan pemahaman falsafah UKM ditubuhkan seterusnya menjadikan UKM sebagai "Guardian of the Nation"

Taniah NC UKM sangat terbuka dalam berkongsi idea dan mendengar suara mahasiswa. Masih teringat ucapan tahniah beliau terhadap penggunaan semula nama PMUKM kepada kami dan terima kasih kerana menghargai usaha kami dalam memastikan kebajikan terjaga "I know some of you check all the plug at FKAB, thanks!! for helping me" kata beliau.

Perjumpaan sebegini akan terus dijalankan oleh PMUKM, bukan sahaja bersama NC, tetapi untuk semua pengurusan tertinggi di UKM



"Bersama Mahasiswa, Memacu Varsiti"

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI UKM

$
0
0
1.   Fakulti Pengajian Islam


2.   Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

3.   Fakulti Ekonomi & Pengurusan

4.   Fakulti Sains & Teknologi

5.   Fakulti Teknologi Sains Maklumat

6.   Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

7.   Fakulti Undang-undang

8.   Fakulti Pergigian

9.   Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

10. Fakulti Perubatan

11. Fakulti Farmasi

Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

PERSIDANGAN DEWAN MAHASISWA PERTAMA

$
0
0


Minit Persidangan Dewan Mahasiswa Siri 1

Pembentangan Bajet Belanjawan PMUKM oleh Bendahari PMUKM oleh Saudara Muffadal Bin Mustansir disimpulkan bedasarkan poster di bawah.


2 usul yang telah dipilih untuk tindakan Majlis Perwakilan Pelajar ialah :

Usul 2
Kerana Learning Contract (LC) dan Hasil Pembelajaran (HP) yang berbeza menyebabkan pelajar susah mendapatkan maklumat lantaran pelajar sebelumnya menggunakan sistem LC dan bukan HP.

Mungkin selepas ini boleh buat taklimat yang lebih terperinci tentang HP.

Buat taklimat antara pensyarah kerana ada pensyarah yang tidak ambil tahu tentang HP.

Buat buku panduan khas untuk HP yang disediakan khas untuk pelajar baru.

Usul 4
PMUKM menjadi kepala dalam mengetuai program untuk membina pendekatan yang mana membina hubungan antara agama dalam UKM.

Pentingnya PMUKM menjadi pencetus kepada hubungan antara agama.
Seperti persidangan meja bulat. PMUKM sebagai medium untuk menjadikan proses ini menjadi lebih membumi.

Nantikan tindakan MPP untuk dua usul yang telah dipilih.

Speaker, Saudara Ammar Azlan menerangkan peraturan persidangan Dewan Mahasisws
Saudara Mustapha, YDP PMUKM menjawab soalan yang diajukan


Pembentangan Bajet PMUKM oeh Saudara Mufaddal
Perwakilan PERDANA
Perwakilan MEP KUO
Perwakilam PMFPI
Perwakilan Pelajar Indonesia


Perwakilan Pemerhati daripada FSSK
Perwakilan ISIUKM
Perwakilan PERKIM
Perwakilan PERUNDANG
Perwakilan PERMAJ
Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

MESYUARAT PMUKM BERSAMA PAP BERKENAAN SISTEM HP

$
0
0
 
 
Pada 7 Februari 2014, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penilaian dan Pengiktirafan PAP, Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan Che Ani dan turut serta dua lagi pegawai yang bertindak secara langsung dalam sistem ini iaitu Puan Wan Mazlina Wan Mashhor selaku Pegawai Penyelidik Sosial dan Encik Abdul Qaiyum Borhan iaitu Penolong Pendaftar/Webmaster.

Mesyuarat ini diadakan adalah berhubung dengan kursus yang sedang dijalankan iaitu KURSUS HHHC9118 – PEMBANGUNAN INSANIAH, iaitu satu sistem yang mana pelajar menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai atau persetujuan bersama antara pelajar dan pensyarah. Penilaian akan dibuat oleh pensyarah yang dipilih oleh pelajar sendiri dalam sistem Ifolio dan disahkan oleh PAP. Lantaran daripada sistem yang baru diperkenalkan pada sesi akademik 2013/2014, pihak PMUKM telah menerima beberapa aduan daripada pelajar-pelajar semasa mengadakan sesi bersidang pertama di dalam Dewan Mahasiswa pada penghujung tahun 2013.

Langkah pertama yang diadakan oleh PMUKM adalah dengan mengadakan survei ringkas kepada 100 pelajar tahun 1 sesi akademik 2013/2014 mengenai penilaian sistem pembangunan insaniah ini. Hasil survei tersebut, kami dapat membuat rumusan bahawa masalah sebenar adalah berpunca daripada kurangnya kerjasama daripada penyelia itu sendiri dan hal ini turut diperakui oleh pihak PAP. Selain itu, pelajar turut menyatakan bahawa cara pembuktian juga tidak diselaraskan dengan baik yang mana terdapat perbezaan cara pembuktian dalam kalangan penyelia dan ini mengelirukan para pelajar. Masalah terakhir adalah pelajar-pelajar mahukan lebih daripada dua jam kredit untuk dihabiskan setiap semester.

Dalam pada itu, kami di pihak PMUKM mengemukakan beberapa cadangan untuk menjadi solusi kepada beberapa isu ini. Secara dasarnya, pihak PAP perlu mengadakan lagi pendedahan dan juga penerangan yang lebih aktif kepada pelajar dan juga pensyarah. Selain itu, pihak PAP juga perlu menitikberatkan soal kriteria atau ciri-ciri tertentu yang ada pada pensyarah untuk dipilih sebagai penyelia. Justeru, kami berpendapat bahawa faktor usia dan juga masa sangatlah penting untuk dinilai dalam meletakkan seseorang pensyarah itu sebagai penyelia. Bahkan juga, sistem HP yang dilihat sebagai penambahbaikan ke atas sistem LC ini perlulah diletakkan dalam tempoh tertentu untuk melihat keberkesanan objektifnya dengan meletakkan satu tempoh masa yang dijangkakan sistem ini telah mencapai satu tahap kematangan untuk dinilai semula sebelum merombak kepada sistem baru agar para pelajar dan juga penyelia mempunyai masa untuk beradaptasi dengan sistem tersebut.

Justeru itu, pihak PAP menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh PMUKM dan dari pihak kami sendiri, kami akan membantu PAP untuk turun bersama memberi penerangan kepada para pelajar. Untuk makluman pelajar-pelajar juga, pihak PAP telah mengadakan mesyuarat bersama felo-felo fakulti yang mengendalikan sistem HP dan akan mengadakan bengkel dengan para pensyarah yang dipilih sebagai penyelia untuk menyelesaikan isu yang timbul. Mesyuarat dan bengkel tersebut tersebut dijangka akan bermula pada 11 Februari 2014. 






KRISIS MASYARAKAT DAN ISU PERKAUMAN

$
0
0

"Look at our similarities not our differences, as most importantly, we are here because of our passion and hope to make Malaysia a better country. We are only as strong as we are united" Jason Ng Thein Yeong, PMUKM

Kehangatan isu perkauman di negara ini semakin membimbangkan berikutan kes Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina. Melihat kepada masalah ini, PMUKM mengecam dan kesal terhadap tindakan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi melampau berkenaan isu perkauman ini.

Sejujurnya, tindakan tersebut tidak mampu melambangkan kehebatan mana-mana kaum sama ada sebagai seorang Melayu, Cina mahupun India. Ia juga tidak menunjukkan ketinggian dan kemuliaan mana-mana agama samada Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi. Sepatutnya, isu perkauman ini perlu ditangani segera secara bijaksana tanpa perlu dipolitikkan demi kepentingan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat Malaysia.

Sebarang parti politik atau mana-mana NGO haruslah melenyapkan persaingan membela bangsa demi kepentingan survival politik mereka. Seharusnya isu seperti kos sara hidup, isu pendidikan, peluang pekerjaan, taraf ekonomi negara perlu dibentangkan kepada masyarakat Malaysia dan diteliti secara mendalam dalam usaha untuk mencari solusi yang kukuh. Isu perkauman yang timbul ini hanya akan menjadikan Malaysia jauh terperosok ke kancah kemunduran semula.

Menyedari bahaya isu perkauman ini, PMUKM akan berusaha agar perkara ini tidak akan merebak dan berlaku di dalam kampus. Kami yakin mahasiswa yang anti- semangat perkauman mampu mencorakkan negara Malaysia yang lebih aman dan maju. PMUKM komited dalam mengadakan dialog dan perkongsian terbuka dalam membincangkan isu-isu sensitif seperti perkauman dan juga agama. Usaha ini diharapkan dapat membantu mahasiswa UKM untuk cakna dan faham terhadap isu perkauman yang sedang berlaku dalam negara ini.

Sekali lagi, PMUKM tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan dan provokasi berkenaan isu perkauman dan juga agama. PMUKM tidak akan menyokong tindakan mana-mana badan yang menggunakan isu perkauman dan agama demi kepentingan politik




Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

PERKHIDMATAN FASILITI SUKAN : PUSAT SUKAN BERI PENJELASAN

$
0
0


8 Feb 2014 – Satu perjumpaan Biro Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan Pengarah Pusat Sukan iaitu Dr.Tajul Arifin Muhamad yang bertujuan untuk mendapatkan penjelasan  berkenaan status perkhidmatan kemudahan sukan yang menjadi tandatanya warga UKM khususnya mahasiswa/i.

Gelanggang Tenis
Sudah sedia maklum bahawa gelanggang tenis di hadapan pagar utama UKM telah dirobohkan bagi member ruang untuk membesarkan jalan akibat kesesakan lalu lintas.Oleh itu, usaha terkini Pusat Sukan adalah menunggu kelulusan daripada Jabatan Bendahari berkenaan permohonan pembinaan gelanggang tenis baru yang mana mungkin memakan masa panjang bagi melaksanakannya berikutan masalah teknikal yang dihadapi khususnya berkaitan wang pampasan. Solusinya disini adalah mahasiswa/i yang ingin bermain tenis perlu membuat tempahan gelanggang tenis di Danau dengan sedikit bayaran akan dikenakan. Bagi tujuan latihan pra-pertandingan atau melangsungkan proses pembelajaran permainan tenis di gelanggang tersebut bolehlah membuat surat permohonan tempahan gelanggang bagi tujuan tersebut.

Kolam Renang
Kolam renang Danau juga menjadi persoalan berikutan masalah membaik pulih yang berlarutan sehingga kehari ini. Permasalahan ini telah dibangkitkan dalam perjumpaan PMUKM bersama seluruh persatuan/kelab pelajar di UKM yang lalu. Oleh itu, maklumat yang kami terima bahawa kolam renang Danauakan dibuka kepada umum pada awal semester nanti tetapi tidak secara keseluruhan. Kolam yang dibuka adalah kolam renang wanita dan kanak-kanak sahaja. Masalah struktur kolam lelaki yang rosak teruk perlu dibaiki dalam jangka masa yang panjang berikutan jumlah kewangan besar perlu digunakan. Oleh itu, pada permulaan semester nanti Pusat Sukan akan mengeluarkan jadual penggunaan kolam yang dibuka mengikut perbezaan jantina.

Gelanggang Futsal Kole jZa’ba
Bagi gelanggang futsal Kolej Pendeta Za’ba pula dimaklumkan bahawa akan dibaik pulih peralatan yang sedia ada ke tahap yang lebih baik berikutan UKM baru sahaja mengambil alih kolej tersebut. Gelanggang futsal yang terbiar lama ini adalah dibawah pengurusan pentadbiran kolej dan akan dibantu oleh Pusat Sukan dalam menyediakan kelengkapan mengikut piawaian antarabangsa. Dengan kepakaran yang ada, tidak mustahil Pusat Sukan dapat membantu sedikit sebanyak Kolej PendetaZa’ba untuk menyediakan gelanggang tersebut mengikut perspektif yang ditetapkan bagi kemudahan seluruh warga UKM.

SUKIPT
Peluang pertemuan ini juga tidak dilepaskan untuk menanyakan Dr Tajul berkenaan harapannya terhadap kontinjen UKM yang menyertai Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) kali ini. “Memang ada sedikit kelainan dari segi penyertaan SUKIPT tahun ini berbanding yang lepas tetapi yang terpilih kali ini untuk menyertai adalah mereka yang benar-benar terpilih di kalangan yang terpilih” DrTajul. Walaupun terdapat kekangan daripada pelbagai sudut khususnya kewangan tetapi penyertaan SUKIPT kali diharapkan dapat menandingi atau menyamai rekod pungutan pingat SUKIPT lepas.

Sehubungan itu, kami mengharapkan agar pihak pentadbiran prihatin terhadap permasalahan perkhidmatan sukan yang disediakan kini. Seadilnya wang pampasan yang diterima itu sepatutnya dilaburkan semula untuk kemudahan sukan di UKM dan dilaksanakan dengan kadar segera. Hal ini kerana penggunaan alatan sukan Danau dikenakan caj dan ini member bebanan kepada mahasiswa/i setiap kali hendak menggunakannya.


Syed Najib Syed Yahya
Biro Sukan dan Perpaduan
PMUKM Sesi 13/14

Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

PERSATUAN ANAK NEGERI UKM

$
0
0
1. Persatuan Anak Negeri Kelantan (PERDANA)

Facebook : PERDANA
Blog : PERDANA



2. Persatuan Anak Negeri Terengganu (PERMATA)

Facebook : PERMATA
Blog : PERMATA








3. Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)

Facebook : PERMAJ
Blog : PERMAJ








4. Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK)

Facebok : PKMK
Blog : Anak Kedah.com








5. Persatuan Mahasiswa Anak Melaka (PESAMA)

Facebook : Persatuan Mahasiswa Anak Melaka
Blog : PESAMA UKM








6. Persatuan Kebajikan Anak Pahang (PKAP)

Blog : Persatuan Kebajikan Anak Pahang
Facebook : Anak Pahang UKM



7. Persatuan Mahasiswa Sarawak UKM (PEMASRA)

Facebook : Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak
Blog : PEMASRA








8. Persatuan Mahasiswa Selangor UKM

Facebook : PERMAS
Blog : Persatuan Mahasiswa Anak Selangor UKM



9. Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS)

Facebook : PERMANIS









10. Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang

Facebook : Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang









11. Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Perak (PERMADARI)

Facebook : PERMADARI UKM
Blog : PERMADARI








12. Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMIS)

Facebook : PERMIS
Blog : PERMIS UKM








Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

$
0
0


1.    Kolej Aminuddin Baki (KAB)
       Pengetua            : 03-8921 5915
       Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5104
       Faks                   : 03-8921 5835

2.   Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
      Pengetua            : 03-8921 6849
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 6851
      Faks                  : 03-8921 6846

3.   Kolej Dato Onn (KDO)
      Pengetua            : 03-8921 5921
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5103
      Faks                  : 03-8921 5117
      

4.   Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)
      Pengetua            : 03-8921 5359
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 6270
      Faks                  : 03-8921 5231

5.   Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
      Pengetua           : 03-8921 5467
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5105
      Faks                 : 03-8921 5199

6.   Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
      Pengetua           : 03-8921 4362
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5269
      Faks                 : 03-8921 5268

7.   Kolej Idris Al-Marbawi (KIAM)
      Tel(Pejabat Am) : 03-8921 5304/3092/
                                89258864
    

8.   Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
      Pengetua           : 03-8921 7828
      Tel(Pejabat Am) : 03-8921 7828
      Faks                 : 03-8921 2158

9.   Kolej Ungku Omar (KUO)
      Pengetua            : 03-8921 3148
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5344
      Faks                  : 03-8921 5345

10. Kolej Keris Mas (KKM)
      Pengetua            : 03-8921 4009
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 4011
      Faks                  : 03-8921 4009

11. Kolej Rahim Kajai (KRK)
       Pengetua            : 03-8921 5629
       Tel (Pejabat Am) : 03-8921 3103
       Faks                  : 03-8921 3101

12. Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
      Pengetua            : 03-8921 5600
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 5602
      Faks                  : 03-8921 5600

13. Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)
      Pengetua            : 03-8921 5953
      Tel (Pejabat Am) : 03-8921 3157
      Faks                  : 03-8921 3158

Gerak Kerja Biro Kebajikan PMUKM Sesi 13/14

$
0
0
BIRO  KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL


Tarikh


Tindakan MPP

13 November 2013


Tujuan:
Membincangkan dan mengusulkan laporan aduan pelajar mengenai kerosakan jalan dan masalah lampu tidak berfungsi.

Pertemuan: Mohd Hafizi Bin Samsuari bersama Timbalan Pengarah,Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UKM, Ir.Ab.Ghani Wahab.

Respon:
Timbalan Pengarah menerima baik aduan yang diberikan.

Tindakan:
Mesyuarat susulan akan diadakan (28 Nov 2013)








19 November 2013


Perjumpaan pertama Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial bersama staff Unit Kebajikan Pelajar (UKP) sebagai permulaan kerjasama Wakil Pelajar bersama Staff UKP.

Perkara :
Pelbagai isu dan masalah telah dibincangkan mengenai Tabung Kebajikan Pelajar, Isu Pelajar OKU Ukm dan sebagainya.


21 November 2013


Tujuan:
Menjalinkan kerjasama dalam membawa isu kebajikan dan keselamatan mahasiswa ke peringkat atasan dan mengumpul aduan permasalahan berkaitan isu infrastruktur, keselamatan mahasiswa, isu air, kerohanian dan masalah-masalah lain yang berkaitan.

Pertemuan : Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial bersama Ketua Eksekutif MEP kolej.

Respon :
MEP kolej memberi harapan besar kepada wakil PMUKM agar dapat menjana satu penyelesaian yang sistematik.

Tindakan:
Mengsub-subkan aduan mengikut biro. Masalah paling utama adalah berkaitan infrastruktur di UKM – Mengadakan perjumpaan bersama JPP (28 Nov 2013)

28 November 2013



Tujuan:
Mengusulkan segala aduan pelajar yang telah diperolehi hasil perjumpaan bersama Ketua Eksekutif MEP Kolej.

Pertemuan : Pertemuan kali ke-2 bersama Pihak Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPP, Ir.Ab. Ghani Wahab dan beberapa Ketua Unit JPP.

Respon :
Menerima baik aduan yang diberikan serta akan mengambil tindakan susulan di beberapa kawasan yang diberi keutamaan iaitu jalan di hadapan KBH yang rosak paip jalan kerana UKM kekurangan dana. Selain itu, beberapa langkah penambahbaikan demi kesejahteraan mahasiswa/wi Ukm seperti :
1)     Lampu di laluan pejalan kaki yang rendah tidak sesuai digunakan kerana mengelirukan dan menyebabkan silau pada penunggang motosikal – JPP akan gantikan dengan lampu yang lebih sesuai di laluan pejalan kaki rounbout masjid pada awal tahun 2014.
2)     Penanda jalan pemberitahuan “jalan sedang dibaiki/ rosak” yang mempunyai reflect lampu hendaklah di letakkan pada jalan yang rosak untuk mengelakkan kemalangan berlaku. – JPP menerima baik cadangan.




4 Disember 2013

Tujuan:
Menyerahkan laporan aduan mengenai perkhidmatan bas hasil daripada laporan mesyuarat khas diantara Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM bersama Majlis Eksekutif Pelajar pada 21 November 2013.

Pertemuan :
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM bersama En. Othman bin Abdullah, Penolong Pendaftar Unit Kenderaan UKM.

Respon :
Menerima baik laporan aduan yang diterima dan memberikan penjelasan mengenai aduan berkaitan tiada bas zon 3U hujung minggu dan mengenai permintaan pelajar setiap 15 minit bas.

Tindakan :
 Menggerakkan soal selidik mengenai tahap kepuasan mahasiswa/i UKM mengenai perkhidmatan bas di UKM.


8 Disember 2013


Tujuan :
Untuk mencapai kata putus mengenai 'ISU BENCANA ALAM (BANJIR) yang melanda beberapa buah negeri.

Pertemuan : Biro Kebajikan PMUKM bersama beberapa MPP Fakulti, Wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) dan Persatuan Anak Negeri Kelantan ,Pahang,dan Terengganu.

Respon :
Bersetuju untuk menjalankan "Kutipan Derma Untuk Mangsa Banjir" bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Tempoh kutipan adalah sepanjang 9-12 Disember 2013. Tarikh penyerahan 13 Disember 2013.







8 Disember 2013


Bermula kerja-kerja pembaikan di jalan berhadapan Pusat Kesihatan UKM dan KBH berikutan hasil penyerahan laporan aduan kepada JPP pada 28 Nov 2013 yang lalu. Oleh yang demikian , terdapat dua makluman penting ;

1) Bekalan Air ke KUO dan KBH akan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.

2) Jalan raya ditutup kepada semua kenderaan bermula di Bulatan KUO hingga ke KBH.

Kerja pembaikan selesai pada 10 Disember.






13 Disember 2013


Tujuan :
Majlis Penyerahan Kutipan Derma Untuk Mangsa Banjir
Pertemuan : Biro Kebajikan Khidmat Sosial, Wakil Surau Abdul Rahman Auf,Bandar Baru Bangi dan Wakil Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

Hasil :
Hasil sumbangan seluruh mahasiswa/wi UKM sepanjang 9-12 Disember berjaya dikumpul sebanyak RM 3403.60, sumbangan pakaian dan makanan.




16 Disember 2013

Perjumpaan tak rasmi bersama kak Ina UKP mengenai program bersama OKU. Program pengenalan bersama OKU ditangguh pada semester 2 kerana sekarang fasa peperiksaan.


FEBRUARI 2014


1)      Perjumpaan dengan Wisma Aman berkaitan isu keselamatan warga UKM sekarang dan usul cadangan mengenai Minggu OPS 2K


MAC 2014


1)      Minggu OPS 2K
2)      Hari bersama OKU UKM


APRIL 2014


1)      Perjumpaan dengan wakil PMF dan anak negeri berkaitan isu kebajikan mahasiswa dan hasrat mengenai program khidmat sosial


JUN 2014


1)      Hari Kebajikan






Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti






USAHA PENYELARASAN HARGA MAKANAN : PMUKM BERTEMU PIHAK BENDAHARI UKM DAN PENGUSAHA KAFE

$
0
0
10 Februari 2014 - Suatu pertemuan antara pihak Bendahari UKM, pengusaha kafe dan wakil PMUKM telah diadakan di Bilik Senat, Canselori mengenai penyelarasan harga makanan di kafe-kafe kolej, fakulti dan kawasan dalam kampus.

Dua isu dominan yang telah dikenal pasti adalah harga makanan dan kualiti serta tahap kebersihan makanan dan kawasan kafe. Semua pihak yang hadir telah dimaklumkan mengenai harga makanan yang tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut penjaga kaunter kafe. Pihak Bendahari juga mengambil serius isu kebersihan makanan dan kafe yang tiada kompromi dalam mengatasi kekurangan ini. Penegasan terhadap tahap kebersihan dan kualiti makanan telah diberikan melalui perancangan pelaksanaan gred B sekurang-kurangnya di setiap kafe.

Berikutan dengan itu, kami di pihak PMUKM mengusulkan beberapa cadangan bagi tindakan lanjut daripada pihak berkenaan. PMUKM memohon agar pemantauan tetap harga makanan dijalankan secara bersama antara Jabatan Bendahari dan wakil PMUKM. PMUKM juga meminta pemantauan secara serius terhadap tahap kebersihan dan kualiti makanan kafe dilakukan secara berkala oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya, PMUKM mencadangkan penggunaan label harga pada setiap jenis makanan bagi memudahkan urusan jual beli antara warga kampus dan pengusaha kafe sebagai rujukan bersama. Ia merupakan satu langkah yang dilihat efektif bagi penyelarasan harga makanan yang boleh dilaksanakan secara konsisten.

Pertemuan lanjut antara pihak terlibat dan PMUKM akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraih satu keputusan terhadap tindakan dan perubahan yang akan dilaksanakan. Atas persetujuan semua pengusaha kafe dan Bendahari UKM, PMUKM telah diamanahkan untuk mengkaji kaedah pembayaran harga makanan untuk dibentangkan pada mesyuarat seterusnya.
                                             
                                           “Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti”









Nur Afifah binti Abd Rahim
Naib Yang Dipertua 2

PBS : BARANG BAIK ?

$
0
0
              Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun scholl-based assessment (SBA) merupakan sistem yang telah digubal dan hampir keseluruhan negara menggunakan sistem sedemikian. Shanghai (China), Singapura, Malaysia merupakan antara negara yang menggunakan sistem ini. Di Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sejujurnya sistem PBS yang digubal ini amat sempurna dalam menekankan aspek peningkatan pencapaian dan kualiti pelajar. Namun disebalik perlaksanaan sistem ini pelbagai isu yang timbul yang menyebabkan rakyat melenting dengan sistem tersebut. Apakah permasalahan sebenar yang berlaku? Mengapa barang baik dilemparkan rungutan yang dahsyat? Apakah mahasiswa atau guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

               Tidak dinafikan PBS mampu menilai prestasi pelajar dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka serta mampu mengembangkan sepenuhnya potensi mereka sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disamping penilaian tersebut, situasi guru juga perlu diambil kira kerana pelaksana dasar ini adalah guru. Akibat inginkan hasil yang berkualiti tinggi tanpa memikirkan soal pekerja atau pelaksananya maka output yang di keluarkan tidak mencapai kualiti yang ditetapkan. Guru yang sememangnya dibebani dengan pelbagai tugas mendidik pelajar yang pelbagai tahap pemikirannya ditambahkan pula dengan PBS ini membuatkan perlaksanaan sistem ini membawa sedikit permasalahan.

              Jika meninjau dalam media massa kini, pelbagai permasalahan yang timbul akibat perlaksanaan PBS ini antaranya berkaitan dengan bebanan kepada guru ibarat memikul sebuah gunung di atas bahu. Pelbagai tugasan seperti membuat soalan, menilai, menyemak, memasukkan data, membuat laporan dan tugas-tugas lain bagi menjamin kualiti PBS tercapai perlu dilaksanakan. Unta juga ada had untuk membawa bebanan, inikan pula manusia yang kecil. Guru kini perlu mengawal sebuah kelas yang jumlah murid dalam lingkungan 30 orang. Mampukah guru membuat semua kerja diatas jika setiap hari perlu mentaksir 2 ke 3 kelas yang jumlah pelajar kira-kira 80 orang. Permasalahan ini ditambah lagi dengan dua aplikasi ICT yang dibangunkan iaitu SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) bagi guru merekod, menyimpan dan melapor. Sistem yang boleh digunakan pada masa tertentu sahaja menyebabkan akses tersebut tergendala akibat serve kecil berbanding bilangan pengguna yang ramai. Hal ini membuatkan ramai guru yang melenting terhadap system yang perlu dilaksanakannya.

               Persoalannya disini, apakah buah yang kualiti tinggi dibiarkan tumbuh merata begitu sahaja? Teknologi canggih dicipta untuk membuat kajian persenyawaan tidak mampu menghasilkan output yang berkualiti melainkan adanya pekerja memantau buah dan teknologi tersebut. Mustahil untuk mendapatkan buah tersebut tanpa ada pekerjanya. Maka perlunya pekerja yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menghasilkan buah yang segar dan berkualti tinggi tersebut. Begitulah sistem pendidikan Negara diibaratkan. Jika hanya menggubal dasar tanpa memikirkan soal pekerjanya maka jadilah hasilnya seperti buah yang terbiar tanpa pemantauan pekerja atau petani. Menghairankan lagi adalah negara lain yang melaksanakan PBS/SBA ini seperti shanghai (China) dan Singapura mampu untuk berada ditangga teratas dalam penilaian Program for International Student Assessment (PISA) pada tahun 2012. Program ini yang dibuat setiap 3 tahun sekali menunjukkan bahawa negara timur ini mengungguli kedudukan teratas sejak tahun 2009 lagi. Oleh itu, perlunya sistem pendidikan kita pada hari ini dikaji segera kerana kualiti pelajar yang dihasilkan kini hanya bermain dengan pertukaran sistem semata tanpa mendasari pendidikan sebenarnya.


               Mahasiswa di angkat oleh masyarakat bilamana ideologi yang dibawa untuk mengubah masyarakat ke tahap yang lebih baik. Oleh itu, sebagai mahasiswa pendidikan yang sayangkan pendidikan Negara, cuba untuk membawa masyarakat pada hari ini supaya berfikir bersama dalam melihat kemaslahatan yang sedang menolak ke dalam perigi buta. Sejak dahulu lagi pelbagai seminar, forum, wacana, debat, diskusi hinggalah yang terbaru himpunan 222 diadakan bagi mengetengahkan isu pendidikan negara kepada masyarakat supaya diberi perhatian. Platform yang disediakan ini amat afektif kepada masyarakat untuk mengangambil bahagian supaya dapat membuka minda berkenaan kemaslahatan yang timbul. Terdapat pelbagai pendapat yang timbul berkenaan sistem pendidikan negara daripada tokoh pendidikan, kementerian, guru dan juga rakyat marhean   namun pencapaian sahaja yang mampu memberi hujah jelas bagi sesebuah negara melihat keberkesanan sistem tersebut. Oleh itu, dengan pencapaian yang kurang memberangsangkan menunjukkan jelas sistem ini mempunyai masalah dan perlu diatasi segera. Melihat kedudukan PISA yang dipelopori oleh negara sebelah timur iaitu Hong Kong, Shanghai, Jepun dan Singapura berbanding negara di Eropah maka perlu bagi Malaysia melihat pendekatan yang diambil negara tersebut bagi menangani bebanan guru yang berlebihan terhadap perlaksaan PBS secara efektif.






Syed Najib Bin Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan





.:Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti:.

Gerak Kerja Biro Sukan Dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14

$
0
0

Gerak Kerja Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM 13/14

Tarikh
Tindakan MPP
18 November 2013
Mengadakan Perjumpaan antara Kelab Kebudayaan Tiong Hua

Tujuan: membantu menyelesaikan masalah yang ditemui oleh setiap kelab
Respon: PMUKM akan mengadakan pertemuan berkala dan membantu berjumpa dengan pegawai berkenaan.

Tindakan: Perjumpaan telah diadakan dengan respon yang baik.

22 November 2013
Membantu menjayakan SUKEM
Tujuan : membantu Pusat sukan dalam menguruskan kejohanan SUKEM
Respon : pasukan bola sepak mendapat tempat ke 4 dalam kejohanan SUKEM
Tindakan : Menguruskan pasukan NHO
2 Disember 2013


















Mesyuarat PMUKM dengan Persatuan Anak Negeri

Tujuan:  membantu menyelesaikan masalah yang ditemui oleh setiap persatuan negeri

Tindakan: Mesyuarat tersebut telah disertai oleh kebanyakan Persatuan Anak Negeri dan beberapa perkara telah dibincangkan
.




Sokongan Pesta Tanglung UKM





8 Disember 2013




















10 Disember 2013
Mahasiswa Pemacu Masyarakat MPM'13

Tujuan : Menyediakan program kesukarelawanan untuk gotong-royong di Suarau Bangi Perdana yang baru sahaja siap diubahsuai.

Penglibatan : YB Bangi, Mahasiswa/i UKM dan semua jiran tertangga di kawasan tersebut.

MPM 13 : MAHASISWA DEKAT DENGAN MASYARAKAT



Pertemuan tidak rasmi bersama staff pusat sukan
Tujuan : untuk mendapatkan senarai persatuan sukan yang berdaftar supaya PMUKM dapat menghimpunkan semula semua persatuan tersebut bagi membincangkan segala permasalahan yang timbul
Pertemuan : Biro Sukan bersama staf pusat sukan
Respon : staf pusat sukan minta untuk berjumpa dengan staf mereka yang lain untuk mendapatkan senarai tersebut
Tindakan : perjumpaan seterusnya telah dibuat tetapi ketiadaan staf ukm tersebut membantutkan usaha akibat kekangan masa dan akan membuat perjumpaan susulan

17 Disember 2013








Kompilasi Gerak Kerja Biro Sukan dan Kebudayaan
Pertemuan tidak rasmi bersama Pusat Kebudayaan

Tujuan: Untuk bertanya dengan status bilik gerakan kelab kebudayaan serta mendapatkan senarai kelab-kelab kebudayaan
Respon: Senarai tersebut memerlukan masa untuk disediakan
Tindakan: Akan berjumpa dengan pegawai JPPel untuk membincangkan bilik persatuan di Pusanika.


19 Januari 2014
Rombongan ke Malaysia Open
Tujuan : memberi ruang kepada pelajar UKM yang miskin atau daif untuk merasai pengalaman melihat perlawanan akhir badminton pada siri Malaysia Open
Tindakan : rombongan ini tidak dapat dilaksanakan akibat harga tiket yang terlalu mahal iaitu RM 60 seorang dan kami kira perlu digunakan wang tersebut kearah yang lebih bermanfaat

8 Februari 2014
Perjumpaan bersama Pusat sukan
Tujuan : mendapatkan maklumat berkenaan masalah kemudahan infrastuktur  sukan
Pertemuan : Biro Sukan, Syed Mohd Najib Syed Yahya bersama Pengarah Pusat Sukan, Dr Tajul Arifin
Respon : pusat sukan sedang menunggu kelulusan daripada pihak bendahari untuk membina gelanggang tenis baru serta akan membuat jadual untuk kegunaan kolam renang di Danau
Tindakan : membantu pusat sukan dapat menyegerakan perlaksanaan kemudahan sukan yang mencukupi
10 Februari 2014
Ziarah atlet SUKIPT UKM
Tujuan : membantu dan menyokong kontijen UKM yang terlibat dengan kejohanan SUKIPT
Pertemuan : 7 orang wakil pimpinan PMUKM bertemu dengan atlet UKM yang memungut pingat dan kejohanan SUKIPT
Tindakan : membuat video, poster dan statement bagi menaikkan semangat rakan-rakan kontijen UKM untuk beraksi dengan bersungguh-sungguh
26 Mac 2014
Program bersama atlet Negara / FAM

September 2014
Unity 4Gemilang







Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti



Gerak Kerja Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 13/14

$
0
0
 Gerak Kerja Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 13/14


Tarikh
Tindakan MPP
23 Novermber 2013
Pengantarabangsaan : PMUKM Mendukung Usaha Brainy Bunch
Antara tetamu terhormat yang hadir , YB Dato’ Rohani Binti Abdul Karim , Menteri  Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin , Bekas CEO Proton yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Brain Brunch , Mufti Ismail Menk, Mufti Zimbabwe dan Kiai Haji Muhyiddin Junaidi, Ketua Majlis Ulama’ Indonesia.Antara penceramah jemputan adalah Prof Dr Muhaya dan Ustazah Isfadhiah .


11 DISEMBER 2013
PMUKM & MAHASISWA ANTARABANGSA : 1 RUMPUN
Tujuan Perbincangan :
• Menjalinkan hubungan baik bersama mahasiswa antarabangsa di UKM khususnya dari Asia Tenggara.
• Mengutarakan permasalahan yang berlaku sepanjang berada di UKM.


17 JANUARI 2014
JALINAN KERJASAMA : PENGIKTIRAFAN KEPIMPINAN PMUKM
Perjumpaan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri diantara PMUKM dan MPP DQ, seterusnya YDP PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir memberi penjelasan  berkenaan sejarah dan latar belakang penubuhan PMUKM dan perubahan corak kepimpinan yang berlaku bermula dari tahun 1970 sehingga sekarang. Seterusnya YDP MPP DQ, Amirul Rahim menjelaskan agenda yang ingin dibincangkan termasuklah kaedah menguruskan ahli-ahli MPP, pengurusan kewangan dan kaedah menangani isu-isu mahasiswa/i.



20 JANUARI 2014
Pengantarabangsaan : Bersama Pimpinan Mahasiswa Universiti Kyung-il , Korea
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kyung-iL, Saudara Kim Gun-Oh berkongsi tentang pergerakan  persatuan mahasiswa disana. Beliau juga memberi penjelasan lanjut mengenai  aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan suasana pilihanraya kampus di sana. Seterusnya, Yang Dipertua PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen dijemput untuk  berkongsi pembawaan PMUKM selama satu sesi, dan memberi penjelasan lanjut  tentang beberapa aktiviti yang telah berjaya diadakan. Pimpinan Mahasiswa Universiti Kyung-IL menyatakan pendirian bahawa penting untuk  mahasiswa terlibat sama dalam merespon isu-isu nasional selain aktif dan produktif dalam menyelesaikan isu mahasiswa di dalam kampus.


28 JANUARI 2014
JALINAN KERJASAMA : LAWATAN PENANDA ARAS MPP UiTM  CAWANGAN SARAWAK DI UKM
Satu lawatan penanda aras mpp dari Mpp Uitm Cawangan Sarawak telah diadakan di Bangunan Pusanika, Ukm. Lawatan ini dihadiri oleh 26 MPP dari universiti berkenaan bersama seorang pegawai iringan yang diketuai oleh Saudara Mohamad Zharif selaku ketua program.
Lawatan sekitar 5 jam ini dimanfaat sepenuhnya oleh kedua dua pihak dengan mengadakan proses suaikenal dan perbincangan serius mengenai pembawakan perwakilan pelajar dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama. Yang Dipertua MPP Uitm Sarawak.



Mac 2014

Peduli Syiria
Mei 2014
 Konvensyen Asia Tenggara


Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

TEGURAN, PENDAPAT PELAJAR BEDASARKAN FAKTA

$
0
0

"Mahasiswa kini jika mahu turun ke jalanan bukan sekadar membawa mainan dan tiupan emosi, kami turun dengan fakta. Ada yang melihat tindakan kami ini sebagai tidak selantang kepimpinan terdahulu." Saudara Mustapha Kamil Husen Abdul Kadir, YDP PMUKM. 

Bersama Mahasiswa memacu Varsiti

Gerak Kerja Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM Sesi 13/14

$
0
0

Gerak Kerja Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM Sesi 13/14


Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

Tarikh
Tindakan MPP

















22 November 2013
Pendaftaran Rakan PMUKM


\


Hari interaksi rakan PMUKM
- Hari Interaksi Rakan PMUKM di UKM bangi. Yang mana ia merupakan majlis suai kenal dan pembahagian kumpulan mengikut biro antara barisan MPP dan Rakan PMUKM. Walaupun majlis ini dilakukan secara sederhana sahaja, Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang baik dan berjalan dengan lancar.




4 Disember 2013
Mesyuarat bersama YDP Persatuan fakulti
- Pertemuan tersebut betujuan :
  • Membincangkan program-program yang diadakan oleh fakulti-fakulti.
Membina satu perhubungan yang lebih rapat bersama PMF yang juga merupakan salah satu perkara utama yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iuntuk menjadikan fakulti sebagai pusat utama akademik dan aktiviti pelajar di UKM ini.


20 Disember 2013
Suara Kampus – Siri 1
- AKTIVISMA : Dahulu Lain Sekarang Lain
Suara Kampus kali ini membawakan kepada mahasiswa menyelami tentang kepentingan penglibatan mahasiswa dalam sesebuah organisasi dalam dan luar UKM. PMUKM membawa Dr. Shafie Abu Bakar dan saudara Mustapha Kamil Husen sebagai ahli panel dan saudara Ammar Azlan sebagai moderator.



7 Februari  2014
Mesyuarat khas bersama Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) – Isu HP
- Mesyuarat ini diadakan adalah berhubung dengan kursus yang sedang dijalankan iaitu Kursus Kemahiran Insaniah yang diambil oleh pelajar Tahun 1, iaitu satu sistem yang mana pelajar menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai atau persetujuan bersama antara pelajar dan pensyarah.



15 Mac 2014
Bedah Buku 1.0
19 Mac 2014
Bedah Buku 2.0
27 Mac 2014
Suara Kampus II
20 April 2014
Tsunami Buku Jalanan

USUL DEWAN MAHASISWA I : PERSEFAHAMAN AGAMA BERSAMA MENCAPAI WAWASAN

$
0
0


24 FEBRUARI 2014
Laporan Perjumpaan antara PMUKM dan Persatuan Agama UKM :

1.0 Antara yang hadir:
i. Wakil ISIUKM
ii. Wakil PERKEB
iii. Wakil Sahabat Aqsa
iv. Wakil CLCUKM
v. Wakil Iqram
vi. Wakil PMUKM

2.0 Agenda:
            2.1       Penerangan tujuan dan objektif perjumpaan 
            2.2       Pengenalan diri dan persatuan yang diwakil 
            2.3       Membincang isu-isu agama yang tertimbul dalam masyarakat
            2.4       Pandangan setiap persatuan terhadap isu-isu agama
            2.5       Cadangan menangani isu:
                        a. Mengadakan forum atau dialog keagamaan
                        b. Kempen memahami agama masing-masing
            2.6       Tindakan susulan
                        -mengadakan dialog antara keagamaan
-berkerjasama dan membantu PERKIM dalam mengadakan Interfaith  Dialog 2014

3.0 Kenyataan bersama
Persefahaman Agama Bersama Mencapai Wawasan
Sebagai seorang mahasiswa, dan seorang rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai kaum dan agama, adalah mustahak untuk kita sentiasa memahami tentang kepentingan keharmonian dan ketenteraman antara masyarakat di negara kita. Kita amat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada satu negara yang begitu unik dan istimewa di mana kepelbagaian masyarakat kita telahpun menjadi salah satu kelebihan negara kita.
Di negara kita, kepelbagaian kebudayaan dan keagamaan inilah yang menjadikan negara kita amat berbeza dengan negara-negara yang lain. Malaysia juga dijadikan teladan oleh negara asing disebabkan kejayaan kita dalam mengekalkan keharmonian antara komuniti-komuniti yang berbeza. Walaupun kita mempunyai perbezaan, namun disebabkan kita semua mempunyai satu identiti yang sama, iaitu sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sanggup mengamalkan nilai toleransi dan nilai keterbukaan untuk menerima perbezaan tersebut dan menghormati antara satu sama lain. Inilah kunci kejayaan negara kita untuk terus membangun sampai ke hari ini.

Kejayaan ini tidak dicapai dengan semudah-mudahnya tetapi adalah disebabkan oleh kerjasama dan usaha bersama oleh semua rakyat. Namun hari ini, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menghargai keharmonian ini yang kita kekalkan sejak kemerdekaan dan terus memainkan sentiment-sentimen yang sensitif untuk mencapai agenda tersembunyi mereka sendiri. Isu-isu agama sering dipolitikkan dan menyebabkan kebimbangan daripada pelbagai pihak.
Tindakan-tindakan sebegitu amat dikesali. Kami sebagai wakil persatuan agama UKM dan wakil pelajar di UKM akan sentiasa menolak sebarang tindakan yang cuba menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan antara agama ataupun kaum. Sebaliknya, kami akan terus mengamalkan hubungan yang erat dan meningkatkan persefahaman antara agama. Kami juga mengharapkan semua mahasiswa terutamanya mahasiswa UKM akan bersama dengan kami untuk mewujudkan satu masyarakat yang sihat dan harmoni dalam kampus untuk merealisasikan wawasan varsiti kita.

Pernyataan bersama oleh:
1. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
2. Perwakilan Agama Kristian UKM (PERKEB)
3. PERKIM UKM
4. Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
5.  Sahabat AQSA UKM
6. Campus Life Connection UKM (CLCUKM)

7. Ikram UKM

Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

PERTEMUAN BERSAMA, PIMPINAN SISWI

$
0
0


19 Februari 2014 - Suatu pertemuan antara Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bersama wakil Exco Siswi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan wakil siswi daripada. Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) telah diadakan di Bilik Mesyuarat PMUKM, Pusanika Aras 3. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan isu-isu siswi serta program-program menarik yang telah dirancang sama ada di kolej serta di fakulti. PMUKM melihat pertemuan ini sebagai satu inisiatif bagi kerjasama dalam mengetahui dan mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pelajar UKM terutamanya dari wakil siswi.

Dalam pertemuan ini juga, wakil siswi PMUKM iaitu saudari Nur Afifah Abd Rahim dan saudari Hasyimah Ibrahim telah mengemukakan beberapa isu yang dilihat serius berkenaan hal ehwal siswi termasuklah dari sudut kebajikan siswi, kualiti program siswi yang akan diadakan serta isu pemakaian di dalam kampus. Perbincangan terhadap perkara-perkara penting ini telah mendapat respon yang pelbagai dari setiap wakil siswi yang hadir. Majoriti menyatakan persetujuan bahawa perlu adanya tindakan susulan berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dan bersedia menyokong usaha PMUKM dalam menggerakkan kesedaran kepada para siswi untuk menjadi lebih peka dan proaktif.

PMUKM menantikan satu pelaksanaan kerjasama yang menarik bagi meraih partisipasi dari golongan siswi Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi ini.



Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti

GRADUAN KELAS TERSENDIRI

$
0
0
GRADUAN KELAS TERSENDIRI
Oleh : Muhammad Sallehudin Bin Khalid, Naib YDP PMUKM 13/14


1.      Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia perlu mempunyai kelas yang tersendiri, yakni mempamerkan kualiti-kualiti yang menonjolkan keintelektualan serta kehebatan seorang mahasiswa lepasan universiti terkemuka dalam negara. Banyaknya persaingan dalam dunia globalisasi kali ini membuatkan masyarakat tidak lagi memandang pada pencapaian akademik semata, tetapi nilai-nilai tambah yang ditampilkan oleh seseorang graduan itu sendiri. Graduan UKM perlu lebih bijak bersaing bagi memastikan survival dalam menongkah arus dunia realiti yang semakin mencabar hari demi hari. Kemahiran berkomunikasi, keluasan ilmu pengetahuan, serta kepelbagaian soft-skill yang ada merupakan antara elemen yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa sehingga akhirnya masyarakat akan mengenali graduan lepasan UKM sebagai individu yang sudah pasti mempunyai ciri-ciri yang diperlukan ini.

2.      Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia,  seharusnya berperanan melahirkan graduan yang bukan sahaja bergerak dalam lapangan kampus semata-mata, bahkan mampu turun ke medan masyarakat. Mahasiswa lepasan UKM sewajarnya menjadi agen universiti yang profesional bersama penonjolan  keintelektualan selari dengan gelaran graduan UKM yang dipegang. Masyarakat pada hakikatnya sangat menantikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan ini sebagai golongan yang akan turut menyemarakkan pembudayaan ilmu di luar kampus . Maka seharusnya golongan graduan ini mampu berinteraksi dengan masyarakat  secara kolektif melalui perkhidmatan yang mampu ditawarkan kepada masyarakat mengikut kemahiran peribadi masing-masing. Bahkan dalam kerangka kemelut yang melanda masyarakat saat ini,  graduan UKM harus mampu menjadi rujukan dalam menjelaskan sesuatu isu atau masalah yang berlaku. Kita tidak mahu menghasilkan golongan graduan universiti yang lesu isu dan kaku tindakan terhadap masalah-masalah yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Kita mahu anak muda yang cakna terhadap keperluan dan isu-isu masyarakat walaupun sedang berperang dengan dunia baru yang lebih mencabar.

3.      Dalam konteks kampus UKM,  PMUKM meletakkan graduan kelas tersendiri ini sebagai salah satu paksi pada sesi kepimpinan kali ini. Kami melihat kepada kepentingan agenda ini untuk terus dibawa bersama warga mahasiswa/I UKM demi membawa lepasan graduan daripada  universiti ini menjadi “kegilaan” semua syarikat industri dalam negara mahupun luar negara.

4.      Antara langkah perlaksanaan kearah mencapai graduan kelas tersendiri :
Ø  elemen seperti keusahawanan dan perlaksanaan hasil pembelajaran (HP) untuk menghasilkan mahasiswa self-govern dan melatih pemikiran kritikal.
Ø  melahirkan graduan UKM sejagat melalui kursus persediaan melengkapkan set profession masing-masing.
Ø  penyertaan pelajar UKM dalam pertandingan berimpak tinggi dalm membina karakter diri termasuk menaikkan nama universiti.

Antara pertandingan yang disertai :

1 ) SUKIPT 2014

2 ) PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA A-STAR



3 ) SHELL ECO-MARATHON 2014


4 ) PERODUA ECO-CHALLENGE 2014




5.       Salah satu inisiatif dari PMUKM dalam usaha melahirkan graduan kelas tersendiri ialah melalui persediaan dan peluang kepada pelajar dalam bidang industri. Oleh itu, secara bekerjasama dengan PEMATRA, Pusat Hubungan Industri (PHI), PERTAMA serta PMFST, satu program iaitu Hari Kerjaya Bersepadu (HARKEB) akan diadakan. PMUKM melihat ini merupakan salah satu langkah awal untuk menguatkan lagi "engagement" antara pelajar bersama pihak industri. Kami menjemput dan mengalu-alukan kepada seluruh mahasiswa/i untuk turut serta sebagai AJK pelaksana.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

MUHAMMAD SALLEHUDIN BIN KHALID
di talian 017-6865412




Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti





PENGANTARABANGSAAN : PMUKM MELEBARKAN JALINAN

$
0
0


24 FEB , BANGI – Satu undangan makan malam daripada Prof Che Husna Binti Azhari di kediaman beliau di Sg Merab Luar. Undangan ini bertujuan pertemuan sebahagian mahasiswa Kazakhstan yang menuntut pengajian di China bersama wakil pimpinan mahasiswa PMUKM untuk bertukar – tukar idea dan pandangan.
Antara yang perkara yang dikongsi oleh Saudara Mustapha Kamil Husen , Yang diPertua PMUKM adalah peranan mahasiswa sebagai “ Guardian of Nation” dalam kecemerlangan universiti . Selain itu , Saudara Mustapha turut mengingat kepada hadirin peranan sebagai pemuda Islam dalam membangunkan sesebuah negara. 
Akhir sekali , kami barisan kepimpinan PMUKM turut ditawarkan menjalinkan kerjasama bersama mereka ke Turki dan Kazahstan.




Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti


SEMBANG SANTAI ANAK MUDA : PBS PERTARUHAN DALAM PERUBAHAN

$
0
0
5 Mac 2014 : Persatuan Mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia telah mengadakan program sembang santai di Kiosk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Yang mana telah dihadiri oleh saudara Zul Fikri Zamir (pengasas TFTN / aktivis pendidikan), saudara Mohd Abdullah (penulis guru novis di sekolah pendalaman), dan saudara Syed Mohd Najib (MPP fpend UKM) selaku panelis jemputan. Manakala pengerusi majlis adalah saudara Ahmed Amri (MPP fkab UKM).

Sembang santai kali pertama ini, PMUKM telah membawakan satu tajuk PBS|Pertaruhan Dalam Perubahan. Yang mana isu yang hangat di perkatakan pada hari ini, dalam menentukan masa depan Negara. 


Persoalan yang ditimbulkan pada sesi kali ini adalah :
1)      Pendapat setiap panelis tentang PBS baik atau buruk ?
2)      Adakah perlu PBS dalam system pendidikan Negara kita ?
3)      Masa depan PBS dalam Negara kita ?

PBS merupakan sistem yang baru diperkenalkan, sebelum ini PPSMI merupakan sistem pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan. Mengikut fakta, seramai 170 000 pelajar telah gagal dalam sistem PPSMI selama 6 tahun pengunaannya. Bila berbicara tentang isu pendidikan ia bukan hanya isu guru, kementerian sahaja. Kita tidak boleh memandang dengan sudut pandang begitu kecil sekali, dan ia merupakan isu rakyat yang perlu diambil kira dengan serius.

Terdapat beberapa kekurangan PBS antaranya ialah :
1)      Pengajar gagal faham tentang PBS dengan baik
2)      Pengajar di sekolah terlepas tanggungjawab yang kecil kerana tertumpu kepada PBS semata
3)      Pengajar yang tidak bersedia dalam menempuhi sistem yang baru dengan baik

Sebagai seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kita tidak dapat tidak mesti dan pasti melahirkan mahasiswa yang cakna tentang isu semasa, berani mengeluarkan idea, dan tidak dipenggaruhi dalam membuat keputusan dalam menilai sesuatu. Rujuk pendapat mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM tentang PBS, PBS : Barang Baik?. Jika dikatakan mahasiswa ia pasti sesuatu yang berintelektual keilmuan dan mempunyai jati diri yang kuat. 



Teruskan dalam menyokong Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dalam pelbagai keadaan dan situasi demi bersama-sama melahirkan mahasiswa kelas pertama. 


Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti


Viewing all 249 articles
Browse latest View live